Sunday, January 1, 2012

20120101 - Ahad

Agenda : Tahun Baru, Azam Baru

Assalamualaikum

Itulah pembuka bicara yang paling sesuai untuk tahun 2012. :) So, inilah antara azam baru iaitu membuat personal blog, untuk mengurangkan kontroversi di dunia Facebook. Di sini juga akan cuba sedaya upaya untuk tidak memberi sebarang impak negatif kepada mana-mana pihak sama ada sengaja, mahupun tidak sengaja.

So, selepas penat menyidai baju, sempat gak testing colour untuk camera pada handphone Samsungku.


Ternyata, Samsung telah enhance warna tanpa disuruh. Gambar akan ternyata lebih indah dari pandangan mata. Tidak kira lah sama ada handphone, notebook mahupun TV, apa sahaja yang berjenamakan Samsung, kebiasaannya akan ada Magic Colour iaitu enhancement kepada Saturation warna. Tak percaya? Selamat mencuba sendiri. :)


Di tahun 2012 juga, aku telah "memisahkan" dunia pekerjaan dan dunia kekeluargaan. Bilik tidur tidak lagi menjadi bilik kerja, riadah dan tidur, tapi bilik tidur adalah bilik untuk aktiviti kekeluargaan. Jadi, ini adalah workstationku 2012.. :)


Segala sejarah, dokumen kerja dan peribadi telah tersimpan rapi di sini.. Namun, tiada apa yang kekal di dunia ini. Di saat ini, aku diuji dengan ketiadan PC dan Notebook di mana kedua-duanya telah dihantar kepada pusat servis. PC yang tidak boleh On, jika boleh On, akan Hang manakala Notebook pula  bluescreen.. Hmm, gambar yang dilihat tadi, hanyalah screen tanpa CPU.. hu hu hu..



Jika Notebook kugagal diperbaiki, sama ada i5 atau i7 akan menjadi Notebook baruku, tetapi kali ini, selepas 2 kali menggunakan notebook keluaran Sony, aku bercadang untuk berhijrah ke Toshiba. :) Tetapi, aku perlu tahan untuk membeli mana-mana notebook, selagi Sony tidak menelefon dan memaklumkan sama ada Vaio ku boleh atau tidak boleh diperbaiki...

No comments:

Post a Comment