Monday, January 23, 2012

20120123 - Isnin

Agenda : Cuti Umum Chinese New Year

Pagi-pagi bangun, terasa macam nak jadi usahawan. He he he.. Ini semua sebab bila layari Mudah.my, tengok peniaga-peniaga online menjual barang-barang permainan tahun 1980an seperti M.A.S.K, Starcom, Thundercats dan pelbagai lagi permainan yang dulunya tidaklah semahal apa yang dijual sekarang. So, rasa macam nak simpan, permainan ini.. Kos RM89.00, mungkinkah akan cecah RM189.00 bila tahun 2022 nanti?



Hari ini temankan parent ke klinik Bhajan, ayah tidak berapa sihat, mungkin demam kerinduan, maklumlah semalam ke sekolah lamanya, pelajar-pelajarnya membuat reunion.


Sementara menunggu giliran mengambil ubat, terspot plak member MyAlza Owner Club, cuma tidak tahu siapakah ownernya.


dan untuk menghilangkan kebosanan, ternampak suatu perkara menarik.



Selepas selesai menghantar parent pulang, pergi menempuh bandar Ipoh untuk survey barang-barang kamera di Kedai Kamera E-Poh, Jelapang. Nice shop diterajui oleh guru-guru. :) Berhadapan dengan shopping mall yang agak besar pada masa terdekat, iaitu Mydin. :)



Sepanjang petang menghabiskan masa di Internet. Memikirkan jika project Video Korporat itu berjaya dapat tender, kena la cari equipment yang mempunyai impression yang lebih tinggi, walaupun kualiti Full HD 1080p kini boleh diperolehi dari sekecil-kecil handphone.

Akhirnya, ingin bermula dengan rigging dulu, aku sudah menempah DSLR Rig daripada Mudah Pro Niaga - One Snap a.k.a Izzudin. Insya Allah, kalau tiada apa-apa halangan, boleh dapat dalam next week, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment