Saturday, January 21, 2012

20120121 - Sabtu

Agenda : Mengambil barang-barang Adibah di Lembah Bujang, Merbok, Kedah

Hari ini, aku dipertanggungjawab untuk membantu Pak Uteh sekeluarga untuk mengambil barang Adibah di Merbok. Apa yang harus dilalui adalah musim cuti Tahun Baru Cina.



Perjalanan ke Merbok mengambil masa lebih kurang 4 jam. Tiada kesesakan teruk tetapi terdapat beberapa siri kemalangan sondol-menyondol akibat mengikut kereta hadapan terlalu rapat. Ini adalah perkara yang selalu diingatkan oleh mak, supaya jangan "cucuk" kereta hadapan. Alhamdulilah, setakat ini, aku masih mampu bersabar dengan karenah pemandu memandangkan aku perlu mengurangkan kadar G semasa pemanduan bagi mengelakkan kesakitan pada isteriku yang sedang mengandung baby sulung kami.

No comments:

Post a Comment