Agenda : Majlis Perkahwinan Emiella (AIM).
Hari ini, jika tiada apa-apa aktiviti, aku bercadang nak pergi ke kenduri ke Majlis Perkahwinan Emiellia di Bangi. Tetapi di cancel pada awalnya kerana bercadang untuk balik ke Pekan, Pahang. Namun perancangan untuk ke Pekan, Pahang juga di cancel kerana Mama ada camping ketika itu.
Objektif asal kenapa isteriku ingin pulang ke kampung halamannya adalah untuk merasa masakan Mamanya.. Hmm, bak kata orang, tiada masakan yang lebih sedap daripada masakan ibu sendiri.. :)
Selepas kedua-dua pelan asal cancel, akhirnya aku, isteriku dan parentku pergi ke Pulau Pinang, hometown ibuku. Objektif utama, mencari buku Digital Illustration untuk subjek baru, di mana isteriku dipertanggungjawabkan untuk membina modul pembelajarannya. Destinasi Gurney Plaza.
Objektif sampingan, menziarahi kubur nenek di Bukit Jambul dan di Jalan Perak. Objektif sampingan seterusnya adalah lunch di Nasi Kandar Kayu Original Bukit Jambul.. Alhamdulilah, semua objektif tercapai cuma untuk buku rujukan Digital Illustration, masih gagal mencari sumber utama yang diletakkan di dalam silibus COPPA subjek tersebut.
Cadangan ke Kinokuniya pada 4 Februari, diharap dapat menyelesaikan masalah ini. :)
No comments:
Post a Comment