Lokasi : Salam Corner, Greentown Business Centre
Nothing much happen hari ini, survey apa yang didiskaunkan di Apple Store sempena Chinese New Year, tetapi tiada yang betul-betul menarik minat.
Hari ini sempat breakfast bersama isteri tercinta sebelum ke pejabat, harap-harap akan dapat berkekalan la macam ini sebab sangat jarang dapat bangun awal dan keluar rumah awal dan sempat breakfast sebelum ke pejabat. Kebiasaan tahun lepas, keluar rumah pun dah dekat 8.15am, masuk kerja 8.30am.. Hu hu hu
Sebelum balik kerja, ada insiden yang amat memeranjatkan dan menyedihkan. Inside yang tidak dapat dinyatakan di sini untuk mengelakkan sebarang syak wasangka. Tetapi peristiwa petang sebulan sebelum harijadiku yang ke 30, amatlah memberi impak kepadaku.
Sesungguhnya di dalam dunia ini, kalau kita malas, orang tidak suka.. Kalau kita rajin pun, orang tidak suka. Ada sahaja manusia yang ingin mencari salah kita. Tapi aku akan terus tabah dan berdoa pada yang Maha Esa supaya memberi kekuatan kepadaku menerima segala dugaan dariNya dan memberi sinar kepada hati insan yang tidak berapa nak cerah itu.

No comments:
Post a Comment