Agenda : Tiada agenda
Hari ini antara hari bertuah di mana aku test drive kereta hybrid tetapi bukan di mana-mana dealer kereta tetapi mendapat izin dari tuan punya kereta hybrid sendiri iaitu Encik Khairul.
Honda Insight, antara kereta yang menjadi tarikan pada booth Honda di Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS) 2011. Dan kereta itu juga yang aku bawa pada hari ini. Walaupun berakhir dengan hanya 1.5/5 star (diberikan oleh Honda Insight mengikut cara pemanduan) selepas tamat driving, aku rasa aku bukanlah insan yang sesuai menggunakan kereta Hybrid, at least bukan pada masa terdekat.
Pemanduan Hybrid adalah pemanduan Eco-Green di mana kereta ini akan memilihkan sama ada menggunakan bateri ataupun petrol, mengikut gaya pemanduan. Jika anda seorang yang easy-going, relax, tidak terburu-buru ketika memandu, ini adalah kereta yang sesuai dengan anda.
Jika anda seperti saya, seorang yang menggunakan kereta sepenuhnya, dari aspek cornering, pemanduan, perubahan gear pada tahap performance dan mementingkan 0-100, maka lupakanlah hasrat anda untuk memiliki kereta ini.


No comments:
Post a Comment