Keluar rumah jalan-jalan nak tengok kedai kereta mana-mana yang buka, nak survey double din untuk Alza, tetapi malangnya, disebabkan cuti CNY, kebanyakan kedai aksesori kereta yang majoriti pemaju cina, masih tutup. :(
Pulang ke rumah melayan DVD Papa I Love You, cerita yang membuatkanku tersentuh lebih daripada cerita Ombak Rindu yang diperkatakan sedih. Mungkin sebab aku pun nak jadi seorang bapa agaknya. :)
So, hari ini, kelas seperti biasa, ramai yang hadir, tidak seperti yang dikhabarkan. Khabarannya, ramai yang memanjang cuti sendiri sehingga seminggu, tapi Alhamdulilah, hanya lebih kurang 3% sahaja yang tidak hadir.
Hari ini pulang lewat kerana melayan sembang dengan ex-student dan juga lecturer baru di KPTM. Semangat berkobar-kobar sama seperti aku dulu masa memula masuk kerja, cuma dia lebih bertuah sebab dia ada skill komunikasi jauh lebih hebat dari aku. So, dia banyak bertanya dan juga memberi pandangan. Aku hanya mampu berkongsi apa yang aku rasa dia patut tahu tentang organisasi ini supaya dia tidak mengulangi kesilapan yang pernah aku lakukan dahulu. Harap-harap dia akan jadi lebih hebat dari aku, suatu hari nanti..
Oh ya, sebelum terlupa. Alhamdulilah hari ini gaji Januari 2012 dan bonus 2011 dah masuk. :) Simpan ke nak membazir? Muahahah..
No comments:
Post a Comment