Tiada posting untuk hari Isnin dan Selasa memandangkan agak sibuk menyelesaikan persediaan ke kelas. Semester ini diriku dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Multimedia Project Management untuk kelas DIM401, 403 dan 405 manakala untuk subjek Introduction to Multimedia Development untuk kelas DMM301 dan 302.
Pada hari Isnin, diriku mnenghubungi Maxis untuk mengurangkan quota Internet daripada 1.5gb ke 500mb untuk account isteriku memandang beliau tidak memerlukan sebanyak itu. Ini juga merupakan tahun pertama beliau menceburi bidang Android di mana sebelum ini, beliau setia kepada Nokia. :)
Untuk jadual semester ini, diriku tetap tiada kelas pada hari Selasa. Sesi pagi dipenuhi dengan mendengar perutusan Presiden KPTM melalui Video Conference di Bilik AV. Banyak juga halangan-halangan yang bakal KPTM hadapi sepanjang 2012. Alhamdulilah, perutusan selesai tepat pada waktu lunch. Seperti dijanjikan, kami ke Public Bank, Canning Garden.
Memberanikan diri memulakan account Public Mutual untuk education baby di masa hadapan. Starts dengan RM1000 dan RM100 secara bulanan dari sekarang sehingga baby memerlukan duit tersebut. Ini semua hasil perbualan aku dengan Shazli (Roomate Office). Setelah difikirkan semasak-masaknya, kami bersetuju untuk membuat simpanan dalam Public Mutual demi menjamin masa depan baby.
Itu yang berlaku pada Isnin dan Selasa. Hari ini, aku diminta oleh Pn Zailina, Koodinator Multimedia Project untuk shoot product MP untuk dimasukkan dalam slide briefing MP. Setelah berbincang dengan pakar photography di officeku, Shazli bersetuju untuk membantuku menggunakan lighting studio. Gambar di bawah ada cubaan sebelum real product shot, yang dijangkakan diadakan pada minggu depan.
Dan gambar di bawah adalah sebelum berbincang untuk shoot di studio.




No comments:
Post a Comment